Showing posts with label Cerita Sedih. Show all posts
Showing posts with label Cerita Sedih. Show all posts

Sunday, September 13, 2009

Remaja Ditelan Lubang Pasir - Cerita Pelik



PERCUTIAN sebuah keluarga di pantai Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS) bertukar menjadi mimpi ngeri apabila salah seorang daripada anggota keluarga itu terperangkap dalam lubang pasir. Menurut sebuah akhbar semalam, salah seorang anggota keluarga itu, James Boydden, 17, menggali pasir di pantai tanpa menyedari Ada rongga lubang sebelum dia disedut sedalam 2.44 meter. Adiknya, Andrew Dan bapanya, Ken, yang menyedari kejadian itu segera membantu James yang semakin tenggelam ke dalam lubang tersebut tetapi gagal untuk mengeluarkannya.

Bapanya menggali lubang itu selepas tubuh James disedut Dan berjaya menemui kepalanya yang sudah ditimbus. Kepala James kemudian dibersihkan oleh bapanya daripada pasir tetapi tubuh remaja itu masih tertimbus. Lebih 100 anggota bomba Dan petugas kecemasan bergegas menyelamatkan remaja itu yang terperangkap selama dua jam dalam lubang pasir. Menceritakan pengalamannya, James berkata: "Ia bukan seperti konkrit. Saya tak boleh berdiri Dan melakukan banyak pergerakan. Pasir memasuki mulut Dan paru-paru saya. Karbon dioksida mula meracuni saya." Remaja itu bernafas dengan menggunakan tiub oksigen semasa kakitangan bomba melakukan usaha untuk menyelamatkannya. Selepas dikeluarkan, James dibawa ke sebuah hospital kerana mengalami hipotermia. - Agensi

p/s Aku kerapkali nengok orangramai suka korek2 pasir timbus badan. Lagi satu, korek pasir untuk wat istana pasir. Mana tau, kali akan datang, insiden in berlaku kat sini !!!!

Friday, September 4, 2009

Sumpah Tak Buat Lagi

MORAL :- Sapa ada anak,jgn la Buat camni..kesian derang...

"Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.

Bersendirian di rumah, dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana minyak baru dinaikkan harga hari ini, 6hb Jun 2008. Semalam mereka tak sempat isi minyak kerana pulang lewat. Sampai je stesen minyak, atendan pam beritahu minyak dah habis....Nasiblah sebab mereka juga yang undi BN!!!! Hidup Pak Lah....!!

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?'

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !'

'Saya tak tahu Tuan..! '

'Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik si isteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan!' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga kertas didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Menangis teresak-esak keduanya dalam bilik.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam..' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. 'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. 'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.


Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.


Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.

Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis....

'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",) "

Thursday, September 3, 2009

Secebis Kasih Sayang

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
“Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!” Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut. “Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,”Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!” Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,
“Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!”
“Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak.
“Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?”

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
“Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!” Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg….sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis. “Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!” “Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. “Kakak perempuan…biarlah kakak yang berhenti.”
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat….. “Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.” Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah. Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
“Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!”
“Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?”
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. “Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!”
Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?” Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.” Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.” Aku kaku.

Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan. Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. “Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.”
“Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.” Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
“Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
“Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.” Apalagi…aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
“Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik.
“Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.”
“Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk.
“Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?” Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya….”katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
“Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar.”
“Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.” Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

Wednesday, September 2, 2009

Hadiah Ulangtahun Perkahwinan

Hargai la isteri anda sementara dia masih ada...

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.
"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa. Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu.

Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya.
Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang
memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari
(Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut
kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh
panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi.
Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ..."Come on Nisa u can do it...once
more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan
sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor
Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan
keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl,
putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a
twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya
mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak.
Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran
anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa
berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya
sebentar tadi.

Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa
tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan
dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania
diletakkan dinursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah
Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa.
Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa
Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang
tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang
tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua
itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.
Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung
anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa
mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan
kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan
selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila
mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa
dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah
tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa.
"Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka
berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa
pada Zakri .
"Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa
"Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi.
"Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan
isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak
Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik
cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil
memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar
sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak
tahu sahaja.

Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada
Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah.
"Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri,
suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau
apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu
opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu"marah Zakri.
"Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee
teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa.
"Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan
perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis
macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau
asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak
kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa
pada Zakri.
"Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah
tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap
Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya
apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja.
Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut
shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30
malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu
perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan
mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian
kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi.
Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi
kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas.
Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa.
Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa,
perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah.

Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit
pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan
cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak
layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.
Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi
pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka
tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah
melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa
masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya.

Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan
menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan
menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang
ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi
ke sanauntuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar
bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh
ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut.
Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita
kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang
berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut
plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya
bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku
lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri.
"Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi,
Nisa cuma nak ingatkan Abang saja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada
Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.
Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas
kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya."YA ALLAH
kau
kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya
YA
ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding
dan menangis.
Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas
masih lagi dan membengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa
membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.
Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok
je...."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah
sebuah cafe.
"Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa
punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri.

"Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung,
ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri.

"Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus
hati Azlan.
"Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah
dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk
semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba
fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri.

"Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah
berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba.

"Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal
Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.
Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab
Zakri.

"Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang
segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan
kecemasan dari Doktor Johari

"Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang"...tuttttttt. Zakri
menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari.

"Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan.
"Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri.
"Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak
yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause
sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin
kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri.
Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah
menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding
sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk
membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit
kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan
Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta
simpati...tetapi sebaliknya..

...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil...

"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu
Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat
katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya
dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang
kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di
operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan
tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm
really
sorry Zakri.ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata
Doktor

Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain
lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap
lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa
pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan
segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati
setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa...

"YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca
tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran
diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering...membuat
Zakri tertarik untuk membacanya.. .


Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG
TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum. Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada
Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga
inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar
menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa.
Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya
Nisa..
Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti
kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila
Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu
seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang
dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa?

Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya
Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita
yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa
tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih
sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian
untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan
sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah
hadiah
paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang.
Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah
mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa
melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang
seorang.

Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma
menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah
Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan
mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak
kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan
dari darah daging Nisa...tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih
sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa
memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama
disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya
seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa.
Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging
abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun
kita bersama.

Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak
Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama
emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang
terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar
kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata
orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah
Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan
Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati
walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.


Wassalam.

Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa
"Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada
Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa
maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping
gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri
mengambilnya.
Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT
NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN.
SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh
tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap
perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap
perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini
jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa.

Sewaktu jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak
terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa.
Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam
pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka
Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir
seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri.

"Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi
ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar
seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh
Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh
perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri.
Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada
neneknya. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya
termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi
biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka.
Amat sedih ketika itu. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan
menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya
Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan
kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa
yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan
.
..YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang
mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri
terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium
tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus.
Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa
Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga
dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH
,Zakri,Zakri
bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat
sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat
emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke
arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara
automatik
kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan
menjagamu
nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak
ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara
Nisa...

Tuesday, September 1, 2009

Lampu Merah.....

Suatu Hari.......

Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan itu masih menyala hijau. Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia tak mau terlambat. Apalagi ia tahu penempatan di situ cukup padat sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama. Kebetulan jalan di depannya agak lengang. Lampu berganti kuning. Hati Harun berdebar berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera.

Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala. Harun bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja. "Ah, takkan nak brake mendadak," fikirnya sambil terus memandu laju.
Priiiiiiiiiiiiiiit! Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan tangan memintanya berhenti. Harun menepikan kenderaannya agak jauh sambil mengumpat dalam hati. Dari cermin pandang sisi ia melihat pegawai polis itu. Wajahnya tak terlalu asing baginya.

Jamal rupanya! Sahabat baiknya semasa di sekolah menengah dulu. Hati Harun agak lega. Dia cepat cepat keluar sambil melambai mesra.
"Pekabo, Jamal! Lamanya tak jumpa...last jumpa masa aku kawen dulu"
"Aku baik je." Tanpa senyum.
"Alahai...aku ndak cepat nih. Bini aku dah lama menunggu di rumah."
"Oh ye ke?" Nampaknya Jamal ragu.
"Ye la Mal, hari ini bini aku punya birthday. Dia dan anak-anak sudah menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat, kawan-kawannya pun sedang menunggu "
"Aku paham. Tapi, sebenarnya aku dah lama peratikan kau...selalu sgt kau langgar lampu merah di persimpangan ini." Harun mesti ganti strategi.
"Jadi, kau nak menyaman aku ker? Tapi tadi aku tidak melanggar lampu merah. Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala." Berdusta sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.

"Ok. Sebenarnya aku nampak jelas. Tolong keluarkan lesen dan kad pengenalan."
Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke dalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya. Sementara itu Jamal menulis sesuatu di buku catatannya. Beberapa saat kemudian Jamal mengetuk kaca tingkap kereta harun. Harun memandang wajah Jamal dengan penuh kecewa. Diturunkan tingkap sedikit saja.
"Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman." Fikir Harun. Tanpa berkata-kata Jamal terus kembali ke tempat dia bertugas. Harun mengambil surat saman yang diselitkan Jamal. Tapi, hei apa ini. Ternyata lesen memandu dan ic dikembalikan bersama sebuah nota. Kenapa ia tidak menyaman aku. Lalu nota ini apa? Semacam gurauan atau apa? Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan Jamal.

--------------------------------------ohbetul.blogspot.com
"Harun...

Kau tahu kan aku dulu ada seorang anak perempuan dan seorang isteri yang cantik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia. Dilanggar pemandu yang tidak memperdulikan lampu merah di
persimpangan ini. Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan. Sekarang pemandu itu bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga2 anaknya lagi. Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirian menyesali peristiwa itu. Yang pergi tidak akan kembali lagi. Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar. Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu. Aku kecewa teramat sgt. Berhati-hatilah ketika memandu Run" - Jamal
--------------------------------------ohbetul.blogspot.com
Harun terkedu. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Jamal. Namun, Jamal sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas. Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan dengan hati tak tentu sambil berharap kesalahannya dimaafkan.

Tak semestinya anggapan kita adalah sama dengan pengertian orang lain. Boleh jadi suka kita adalah duka rakan kita. Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh hati-hati, mengerti perasaan orang lain dan bertimbangrasa.


cerpen dari email....