Thursday, April 3, 2014

Brado Kapak 31032014 Sinar Harian : Koleksi

Sinar Harian.

Tadi saya baca paper sinar harian. Saya tersenyum panjang bila membaca muka surat ketiga paper tersebut bertarikh 31 Mac 2014.

Anda akan lihat terpampang satu tajuk mengenai spekulasi MH370. Dengan yakin dan berani Sinar Harian membidas kesemua spekulasi dan teori yang tak masuk akal yang telah tersebar. Saya bersetuju dgn wartawan Sinar Harian tersebut. Dah lama saya nyatakan, kesemua yg tersebar itu hanyalah diversion sahaja untuk mengalih pandangan anda semua daripada perkara sebenar dan fokus utama. Tapi tak ada yang ambil kisah. Mereka masih sibuk dengan cerita Diego Garcia lah, cerita Drone Controller System lah, cerita mimpi ustaz lah dll lagi.

Akhirnya saya kembali tersenyum setelah saya yakin dan pasti, kesemua point-point penting yg sy pernah tulis langsung tidak disebutkan oleh Sinar Harian kecuali point mengenai Nanning dibawah tajuk kecil "8 Mac 2014". Baca point 8 Mac tersebut dan kaitkan dgn artikel di dramaraja.blogspot.com bertajuk "MH370: Inilah Spekulasi Awal" dan anda akan mendapati, bahawa Sinar Harian hanya menolak spekulasi pendaratan di Nanning tetapi tidak mengulas keseluruhan artikel. Di dalam artikel tersebut telah dinyatakan ada 3 pihak dan beberapa ejen perisikan tetapi ia tidak disentuh. Saya sendiri menolak teori mendarat di Nanning kerana MH370 memang tak mendarat di Nanning akan tetapi kisah sebelum dan selepas Nanning itu memang terjadi.

Saya berterima kasih kepada Sinar Harian kerana telah menjadi lidah suara yang telus menyampaikan berita. Mereka berani menyatakan teori2 yang ada tersebar hanyalah diversion. Dan saya yakin, bukan mudah bagi mereka untuk menulis artikel seringkas dan sepadat itu....

Saya masih belum mendapat green light untuk deploy artikel penutup walaupun episod kepada insiden MH370 ini sebenarnya sudahpun berakhir. Menanti masa yang sesuai... di saat sudah ramai org malas ambil tahu, ketika itulah ia sesuai di publishkan.

Sekian.

-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.

No comments:

Post a Comment