Thursday, April 3, 2014

Brado Kapak 31032014 Menjawab Mesej : Koleksi

Menjawab Mesej.

Hari ini saya sibuk menjawab kesemua emel dan msj yang masuk ke inbox sy, baik di fb dan di email peribadi. Mohon maaf lah kalau ada emel/msj yg sy tak reply sbb terlalu banyak yg masuk. Ada yg terlepas pandang.

Kepada yg order kitab, insyaALLAH esok semua selesai. Yg baru order, tnggu 3 hari dari hari ini. InsyaALLAH settle.... kitab dah nak habis... tak banyak stok. Selepas inisy akan move on to the next step. Bila khazanah yg sy simpan pun dah habis tersebar..... itu tandanya dah tak lama.

Oh ya, antara banyak2 emel dan msj yg sy terima, ada antaranya yg menarik perhatian sy. Jom baca....

-------------------
Salam Brado Kapak,
Saya peminat bersiri Brado.. Peminat bersiri tuh.. untuk makluman saya keje kerajaan dan sekarang saya bekerja di Kedutaan Malaysia di Beijing... sedih kan... apa yg brado katakan dalam blog terbaru tu memang betul.. saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya bekerja di sini semanjak kes MH ituari.. memang kami semua tak selamat.... lepas pengumuman DSN tu, keadaan bagi kami rakyat malaysia memang agak huru hara.. kalau lelaki ok lagi, kami yang perempuan bertudung ni lagi haru... orang asik cakap f**k you malaysia.. sejak pengumuman kami memang tak keluar ke mana pun.... nak gi pasar pun susah... saya yang bekerja kena pergi kerja pakai mask n baju ada hood tutup tudung.. mmg dah tak mengaku warganegara malaysia sbb kes tu buatkan cina benci sangat malaysia.. even kes terbaru, student kita terpaksa keluar dari teksi di tengah jalan sbb tercakap dia org malaysia..
saya tertarik sangat penulisan brado bukan sbb teori yg brado kemukakan, tapi saya rasa tertarik sbb brado bukak mata saya akan fitnah dajjal n akhir zaman... saya pun masih dalam proses nak mengamalkan surah kahfi, maklumlah saya ni buta jawi...
Maaflah saya katakan sbb saya tak mengundi sebab saya tak percaya kerajaan kita pada hari ini.. kalo negara kita jadi cam brunei baru saya daftar untuk mengundi...
cuma saya minta brado teruskan menulis sebab kadang2 kita terlalu disogokkan berita kerajaan hingga mata hati jadi buta...
Terima kasih brado

dihantar oleh seseorang drpd Beijing.

------------------------------

Terima kasih kepada semua yg telah membaca artikel sy tak kira anda terbuka mata, hati, fikiran atau tidak. Yang pasti ia telah berjaya menjentik hati kecil anda utk berfikir. Apapun sy amat bersyukur kerana dalam jutaan org yg membacanya, saya berhasil membuat ramai org kembali kepada Kitabullah dan saya juga berjaya membuka mata beberapa org yang mana mereka ini telahpun berjaya memecahkan kesemua klu2 yg pernah sy berikan.

InsyaALLAH, bila blog punya masalah settle 100% dan dah dapat green light, saya akan deploy artikel penutup MH370.

Sekian.
-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.

No comments:

Post a Comment