Thursday, April 3, 2014

Brado Kapak 01042014 Tahukah Anda? #1 : Koleksi

Tahukah Anda? #1

Ada banyak benda saya nak kongsikan sebagai pemanas badan sebelum artikel Finale mengenai MH370 dipublishkan dalam blog dramaraja. Sebenarnya banyak fakta yang telah saya kongsikan mengenai MH370 dalam blog tersebut.

Di mana lokasi MH370 bersemadi, apa yang terjadi, siapa dalangnya, apakah puncanya, apa kaitannya dengan global dan glokal, apakah percaturan seterusnya, semua ini telahpun saya ceritakan secara halus dengan memberikan hint-hint serta klu untuk para pembaca hadamkan dengan berhati-hati. Banyak sebab mengapa saya langsung tidak memberikannya secara direct. Antara sebab utamanya adalah keselamatan dalam dan luar negara.

Selain itu, saya juga telahpun menyelerakkan jalan cerita MH370 bertujuan agar para pembaca lebih peka dan cekap berfikir disamping rajin mencari bahan sampingan. Jadi, sebelum saya menyajikan fakta yang lebih lurus tanpa berselerak dan tanpa hint-hint atau klu-klu dalam artikel Finale nanti, maka disini saya ingin berkongsikan beberapa fakta yang mungkin anda belum tahu.....

1. Tahukah anda? Malaysia sebenarnya adalah sebuah negara yang ramai pengganas.

2. Tahukah anda? Malaysia sebenarnya telah diakui oleh persada dunia sebagai sebuah negara yang amat handal dalam taktik berperang.

3. Tahukah anda? Malaysia sebenarnya adalah sebuah tempat habouring terrorist dan ia diakui oleh perisikan dunia.

4. Tahukah anda? Malaysia sebenarnya adalah sebuah negara yang amat mahir taktik gerila dan perisikan.

5. Tahukah anda? Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai taktikal unit paling hebat dalam dunia.

6. Tahukah anda? Pihak mata helang telah banyak belajar daripada kita mengenai taktik-taktik perang terutama melawan taktik perang gerila dan komunis.

7. Tahukah anda? Pihak mata helang sebenarnya masih belum khatam semua ilmu perang milik negara kita.

8. Tahukah anda? Revolusi perang dalam negara kita telah bermula seawal tahun 70-an.

9. Tahukah anda? Satu unit khas telahpun ditubuhkan oleh satu badan terancang bagi menjayakan banyak misi bantuan perang di serata dunia.

10. Tahukah anda? Senjata paling hebat di dunia juga berasal daripada negara kita.

11. Tahukah anda? Negara kita adalah satu-satunya yang telah menghantar pelbagai bantuan terhadap semua negara bergolak dalam dunia ini.

12. Tahukah anda? Angkatan tentera kita terutama Komando telahpun diminta bersiap sedia bermula daripada pertengahan Mac baru-baru ini.

13. Tahukah anda? Berakhirnya peperangan di Syria sebenarnya adalah trigger kepada datangnya Dajjal....

WAllahuA'lam Bissawab.

Bukan mudah untuk akal manusia biasa menerima fakta yang didatangkan tanpa bukti seperti ini. Saya dapat menyimpulkannya sebagai bahan bacaan tambahan buat anda semua. InsyaALLAH, saya akan postkan lebih banyak fakta buat pengetahuan am anda semua dari masa ke semasa sementara menanti greenlight utk publish artikel Finale MH370 yang tak kunjung tiba...

Sekian.

-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.

No comments:

Post a Comment