Showing posts with label Cerita Lawak. Show all posts
Showing posts with label Cerita Lawak. Show all posts

Thursday, November 19, 2009

Karangan Lawak - Raja Lawak


Karangan budak - budak zaman sekarang...nak salah kan sapa..
terlampau menggunakan bahasa pasar....

Saturday, October 17, 2009

Bayar Untuk Bogel - Cerita Lawak Dewasa Raja Lawak


JANGAN SESEKALI MENIRU BUDAYA INI..TAK ELOK...

Kitty dan suaminya sedang mandi bertelanjang dalam bilik air ditingkat atas rumah mereka, tiba tiba lonceng pintu berdering...ring ..ring..ring....Maka
si Kitty terus membungkus tubuhnya dengan tuala dan berlari kebawah untuk membuka pintu.

Rupa-rupanya, Robert jiran rumah mereka berdiri di depan pintu dan berkata " Oh..Minta maaf kerana menggangu u yang sedang mandi.."

Kitty menjawap " tidak apa, biasalah tu..apa u mahu"

Robert terus dengan ghairahnya menjawap " Ohh..Kitty..u mempunyai kulit putih melepak harus bak sutera , jika I offer u RM100.00 sanggupkah U menanggalkan tuala bahagian atas sebagai balasan???"

Dengan secepat kilat tanpa berfikir panjang maka ditanggalkan bahagian atas tuala memperlihatkan buah dadanya yang menbukit demi wang RM100.00..

"WOW" Robert dengan mata terbeliak menghayati buah dadanya yang secara langsung memberangsangkan semangatnya sekaligus menawarkan RM100.00 lagi kepada Kitty untuk menanggalkan kesemua tualanya!!

"kenapa tidak" balas Kitty "itu ganjaran yang amat lumayan" dan terus melonggarkan tualanya memperlihatkan keayuan tubuh yang mengiurkan tanpa seurat benang pun!!.

Maka Robert dengan air liur yang meleleh keluar dan merasa rimas yang amat ketara seperti disimbah air sejuk dengan bahagian zip seluar yang seakan-akan pecah terus menyerahkan Note Rm200.00 kepada Kitty tanda kepuasan yang tak terhingga sambil berlari pulang ke rumahnya untuk melakukan latihan menembak (Faham-fahamlahhhhh.....)

apabila Kitty kembali ke bilik air untuk menyambung balik mandinya maka suaminya bertanya " Siapa yang membunyikan lonceng pintu ?"

"Jiran kita, Si Robert" Jawap Kitty

"Robert??" Tanya Suaminya "Adakah dia memulangkan Wang RM200.00 yang dipinjam dari saya tempoh hari??"

Nak Tau Tapi Malu Tanya - Cerita Lawak Raja Lawak


"Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah
durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah
durian yang merupakan orang asli tempatan...

Samdol : "Bang harga durian ini berapa?"

Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"

Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa
orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa
nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba
menawarinya..

Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?

Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?

Samdol : "Lahupa.. boleh ya!"

Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya
pada Samdol..

Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"

Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"

Sunday, October 4, 2009

Ibu Tak Suka Cerita Lawak Raja Lawak Dewasa



"Seorang anak muda sedang berbincang dengan ibunya dan berterus terang yang dia telah jatuh cinta dan ingin segera berkahwin..

Anak : "Mama.. Saya akan membawa kemari tiga orang gadis cantik dan hendak mama teka yang mana yang akan
menjadi menantu mama.."

Maka pada hari berikutnya dia pun membawa ketiga gadis cantik yang di janjikan itu.. Ketiganya di persilakan
duduk di atas sofa sambil berbual.. akhirnya si anak bertanya pada mamanya..

Anak : "OK.. Mama tekalah siapa yang akan menjadi menantu Mama"

Mama : "Yang berambut perang dan duduk di tengah"

Anak : "Menakjubkan sekali.. pilihan Mama tepat.. bagaimana Mama tahu?"

Mama : "mama paling tidak menyukainya!"

Saturday, October 3, 2009

Pisau Cerita Lawak Bodo Raja Lawak Dewasa


Suatu hari di tengah hutan.. ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan... Seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu berjumpa dengan sebuah pisau lipat di atas tanah. Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan didalam hutan.. sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan didalam perjalanan akan dihukum.

Lalu pelajar Senior itu dengan mengambil pisau lipat dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa yang telah lalai meninggalkan pisau lipatnya.

"Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu..

Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian pelajar senior itu menambah..

"Ayuh cepat.. mengaku aje la.. lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir di sini.. Tapi saya inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!"

Masih tidak ada jawapan dari para pelajar lain..

"Kerana tidak ada yang dengan jujur mahu mengakui kesalahannya maka saya akan panggil namanya?!!!"

Pelajar2 masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.. lalu diambilnya pisau
lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu...

"STAINLESS STEEL cepat keluar...!!!"

Alahai menantuku Cerita Lawak Raja Lawak Dewasa


Pak kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. suatu hari datang la seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat. setelah 3 hari berkahwin.. seman masih duk kat umah mentuanya. setelah azan maghrib berkumandang..pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjamaah. seman gelabah.. sebelum ini dia tak pernah solat. lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "yang.. camner ni.. abg tak penah solat ni" "takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisik perlahan.. seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim. setelah pak kasim takbir.. seman ikut takbir...lalu pak kasim membaca surah alfatihah.. "bismillahirrahmanirrahim..." seman pun turut membaca bismillah dengan lantang... "bismillahirrahmanirrahim..." aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati pak kasim.. pak kasim buat selamba. dia terus membaca surah al-fatihah. seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji. pak kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat seman. seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pak kasim. "ish! gila ke menantu aku ni??" pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. seman turut berjalan ke depan mengikut langkah pak kasim. pak kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya. seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tiba pak kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir. pak kasim pun terus bertanya kepada seman. "seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?" "ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena berlari.."

Friday, October 2, 2009

Cite Hantu Kawan Aku Cerita Lawak Raja Lawak Dewasa


Satu malam, sorang mamat ni baru habis kerja malam dalam pukul 1 pagi, jalan nak balik rumah adala dalam 30 minit, sepanjang jalan keadaan gelap, senyap, sunyi, hujan rintik2, sejuk..ramai dah orang cakap kat jalan ni ada penunggu tapi mamat ni buat selamber jer, sambil bersiul,
mamat ni terus pecut motor rxz dia, sampai kat tengah jalan kat bus-stop mamat ni nampak sorang awek cun, awek ni pulak pakai baju kurung, rambut panjang, dia tahan motor mamat ni, mamat ni pun berentilah, tanya kat awek tu " saudari ni nak pergi mana tengah2 malam ni?"
awek tu jawab " saya tunggu ayah saya tapi dia tak datang2, rumah saya kat depan tu, boleh tumpangkan saya?" "errrr...bolehlah, nasib baik saya ada helmet spare", mamat ni takut dalam berani, dia pecut motor dia, sekejap dia tengok side mirror dia..alamak !!! mana pegi awek ni..." aaaaaaaaahhhhhhhh...tak kepala!!! hantu tak de kepala!!!! aaaaahhhhhhhhhhh!!!!" mamat ni punya ler pecut sebab kecut perut ada hantu tak ada kepala kat belakang dia, dah tu suara mengilai-ngilai kedengaran, lagi kuat dia pecut, lagi kat suara tu ketawa, sampai rumah mamat ni terkejut bukan main sampai putih muka dia "naper abang pecut, sampai nak terkeluar anak tekak saya ni jerit, kan dah terlepas rumah saya", rupanya mamat tu bagi awek tu pakai helmet full-face warna hitam, memanglah tak nampak kepala....

Monday, September 28, 2009

Kisah benar... .bacelahh sampai habisss Cerita Lawak Raja Lawak


Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah dan Jamilah adalah anak tiri Ramli. Selepas itu bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah. Ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya. Jadi ayah Ramli, Jamrud adalah anak tiri Ramli dan memjadikan Ramlah sebagai Mak Mertua kepada Bapak Mertuanya. selang beberapa bulan kemudian, Jamilah anak kepada isteri Ramli, Ramlah melahirkan anak lelaki, Jarul. Jadi Jarul dalah adik kepada Ramli. Tetapi Jarul adalah anak kepada Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri Ramli, Ramlah. Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya. Itu tak seberapa lagi. Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee. Sekarang Jamilah, anak tiri Ramli dan juga Mak mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada Jayzee. Jadi ayah Ramli, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar Jayzee adalah isteri kepada ayah Ramli, Jadi sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Ramli, Ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Jamilah... Anak Ramli, Jarul adalah sepupu kepada ayah Ramli, Jamrud dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri... muahahahahahahahhahaha... .isk isk isk... .. nennooo nennooo..neenooo..nenoooo.. phewiiittttt tebabooooooooooo.. aku pening... .... aku sindirik naik fening menterjemahkan semua nih..bengang sehhh... !!

Mimpi Cerita Lawak Raja Lawak Dewasa



"Seorang Guru tertidur di depan kelas, ketika terbangun dia menyuruh murid-muridnya pulang...
"Tadi saya sudah berjanji dengan Bush untuk bertemu di dunia mimpi" katanya memberikan alasan..
Keesokan harinya, ada pula seorang murid tertidur di kelas itu. Guru itu membangunkannya dengan pukulan
tongkat dan memarahinya..
"Beraninya kamu tidur dalam kelas!"
"Saya juga ada janji untuk bertemu dengan Bush" jawab murid itu.

"Baiklah, apa yang dikatakan oleh Bush pada kamu?"tanya Guru itu..

"Dia berkata.. dia tidak bertemu dengan cikgu semalam"

Kamu kat Berlakang Sana - Cerita Lawak Raja Lawak


"Hei, kamu yang berdiri di belakang," tegur pensyarah
"Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian Badang!"

"Maaf, saya tidak tahu.. encik"

"Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa perjanjian itu ditandatangani?"

"Maaf, saya tidak tahu juga, encik.."

"Tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya berikan untuk dibaca minggu lalu. Jadi untuk apa kamu
datang ke sini kalau tidak tahu?"

"Mahu memeriksa kabel lampu ini, encik.. Saya petugas TNB"





Kemalangan Cerita Lawak Bodoh Raja Lawak Dewasa


"Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhoyong hayang melanggar tinga lampu dan terbalik.. Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua.. seorang wanita tua.. dan dua orang anak kecil.. luka parah tak berdaya.
Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga.. masih sihat tanpa sedikit lukapun

Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu... lalu dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk
memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut..

Polis : "Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?"

Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali.

Polis : "Oh...kereta terbalik beberapa kali... jadi apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?"

Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak..

Polis : "Oh...lelaki itu sedang mabuk masa memandu....dan bagaimana pulak wanita tua itu? anak-anak juga buat apa?"

Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak spt orang sedang bertengkar.

"Oh...okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan anak2nya bertengkar dalam kereta.. dan kamu sendiri pula buat apa monyet?"

Dan... si monyet kemudian menirukan gaya memandu..."

Askar - Cerita Lawak Raja Lawak Dewasa



"Ada seorang lelaki tua berambut panjang.. bermisai lebat dan berjanggut panjang pergi kesebuah kedai gunting.. Wajahnya yang kusut masai itu umpama baru keluar dari persembunyian di hutan..

Lelaki tua : "saya nak gunting rambut.. cukur misai dan janggut.."

Tukang gunting : "Rambut nak fesyen apa?"

lelaki tua : "Potong pendek aje semuanya"

Tukang gunting itu mula memotong semua rambut.. misai dan janggut lelaki itu hingga selesai..

Tukang Gunting : "Pakcik... pakcik ni dulu seorang askar ya??"

Lelaki tua : "iya.. mana kamu tahu nak....?"

Tukang gunting : "Saya baru saja berjumpa dengan topi askar di dalam rambut pakcik"

Malu! Cerita Lawak Raja Lawak Dewasa



Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan... pemain-pemain bolasepak Kg. Pandan dirundung rasa malu yang amat sangat. Kerana itu Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang. Hashim yang menyamar sebagai koboi.. berjalan-jalan kekedai di kampungnya... Tiba-tiba seorang nenek menegurnya.. "Hey Hashim..." Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang... dia segera mengubah penyamarannya.. kali ini sebagai Syeikh Arab.... Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang... Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek.... Dalam hatinya berkata.. Dia takkan mengenali aku lagi.." Tiba-tiba nenek berkata " Hey Hashim" Kerana kehairanan yang amat sangat... "Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?" Nenek itu menjawab.. "La engkau ni... ini aku la... Roslan!"

Sunday, September 27, 2009

Sanggup - Cerita Lawak Raja Lawak Dewasa


"Tiga lelaki sedang bersiap untuk mengikuti ujian akhir untuk menjadi agen CIA. Pegawai bertugas menyatakan yang didalam ujian akhir mereka ini, mereka dikehendaki membunuh isteri masing2. Pegawai itu memberi senapang pada Abdul dan kemudian masuk kebilik sebelah dimana isterinya berada. Beberapa minit kemudian lelaki itu keluar dan mengatakan dia terlalu cinta kepada isterinya, tak kuasa ia membunuhnya.

Amin memasuki bilik yang lain dengan senapang untuk membunuh isterinya. Sepuluh minit kemudian dia keluar dan menyatakan.. betapapun dia ingin jadi agen CIA, dia tak sanggup membunuh isterinya sendiri.

Kemudian pegawai itu memberikan senapang kepada Akbar dan kemudian masuk bilik yang mempunyai isterinya... Setelah 15 minit mereka semua mendengar bunyi tiga kali tembakan. Kemudian setelah beberapa minit.. lelaki itu keluar dengan nafas termengah-mengah dan
berpeluh... Pegawai itu bertanya apa yang terjadi.. dan Akbar menjawab
"Tuan bagi senapang yang ada peluru kapur.. jadi aku terpaksa mencekik leher isteriku untuk membunuhnya.." "

Kisah Pengemis dan Pelajar Universiti - Cerita Lawak Raja Lawak Dewasa

Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua di depan kampus UITM.

Mahasiswa : "Sudah lama mengemis di sini pakcik?"
Pengemis : "Ya... lebih kurang sudah 8 tahun , nak Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?"
Pengemis : "Paling sedikit RM 50.00 nak ..."
Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik
Pengemis : "Bolehlah nak, untuk keluarga..."
Mahasiswa : "Ehhhh...keluarga ada di mana?"
Pengemis : "Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Penang..."
Mahasiswa : "Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni...boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya masih kuliah?"
Pengemis : "Tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik..."

Sayangkan Isteri - Cerita Lawak Raja Lawak Dewasa

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung. Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari.

Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secar berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu". Pak Mat manjwab,

"Sebenarnya sebelum Maznah hendak hembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu. Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh".

Friday, September 25, 2009

CUTI SAKIT SEKOLAH - Cerita Lawak Raja Lawak Dewasa



Suatu hari, Salmah ponteng sekolah. Dia telefon guru kelasnya dan menyamar sebagai ibunya.

Salmah : Hello, adakah itu Cikgu Aminah binti Ali, guru kelas tahun 6 hijau?

Cikgu : Ya, saya.

Salmah : Cikgu, hari ini Salmah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit.

Cikgu : Ok...ok..., er...boleh saya tahu siape yang sedang bercakap?

Salmah : Emak saya...

Wednesday, September 23, 2009

Tandas KLCC - Cerita Lawak Raja Lawak Dewasa


Satu hari ketika baru saja tiba dr kuantan, aku singgah sekejap di KlCC.Aku ada something utk dibeli. Ketika aku sedang melihat brg dikedai,tiba-tiba perut aku terasa memulas.Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas kat level satu.Masuk saja kat situ,aku tengok ada 3 bilik air.Satu tu bertutup,so aku pegi yg disebelahnya. Baru saja aku duduk,aku terdengar suara dari sebelah "Haa,camna sekarang ?" Aku pun bukan suka nak berbual ngan org yg aku tak kenal kat tandas tu.Ntah camna, akhirnya aku balas juga "Ok gak ler" Kemudian suara tu bertanya lagi "Ko nak gi mana ni??" Iskk..Aku mula rasa musykil skit..tapi aku kata "Aku nak balik, singgah sini nak beli brg sikit" Lepas suara tu bertanya lagi "Bila ko nak gerak ni??" Aku selamba jer kata. 'Lepas aku sudah ni,abis beli aku chow la". Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata "Hei,aku call balik ko lepas nilah,tiap kali aku tanya soalan kat ko, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

Moral: jangan menyampuk time orang bercakap...

Tuesday, September 22, 2009

Cerita Hantu - Cerita Lawak Raja Lawak Dewasa

Satu malam, sorang mamat ni baru habis kerja malam dalam pukul 1 pagi,
jalan nak balik rumah adala dalam 30 minit, sepanjang jalan keadaan
gelap, senyap, sunyi, hujan rintik2, sejuk..ramai dah orang cakap kat
jalan ni ada penunggu tapi mamat ni buat selamber jer, sambil bersiul,
mamat ni terus pecut motor rxz dia, sampai kat tengah jalan kat bus-stop
mamat ni nampak sorang awek cun, awek ni pulak pakai baju kurung, rambut
panjang, dia tahan motor mamat ni, mamat ni pun berentilah, tanya kat
awek tu " saudari ni nak pergi mana tengah2 malam ni?"
awek tu jawab " saya tunggu ayah saya tapi dia tak datang2, rumah
saya kat depan tu, boleh tumpangkan saya?"
"errrr...bolehlah, nasib baik saya ada helmet spare", mamat ni
takut dalam berani, dia pecut motor dia, sekejap dia tengok side mirror
dia..alamak !!! mana pegi awek ni..." aaaaaaaaahhhhhhhh...tak kepala!!!
hantu tak de kepala!!!!
aaaaahhhhhhhhhhh!!!!" mamat ni punya ler pecut sebab kecut perut ada
hantu tak ada kepala kat belakang dia, dah tu suara mengilai-ngilai
kedengaran, lagi kuat dia pecut, lagi kat suara tu ketawa, sampai rumah
mamat ni terkejut bukan main sampai putih muka dia "naper abang pecut,
sampai nak terkeluar anak tekak saya ni jerit, kan dah terlepas rumah
saya", rupanya mamat tu bagi awek tu pakai helmet full-face warna
hitam, memanglah tak nampak kepala....

Thursday, September 17, 2009

Sedut Sampai Kering - ohbetul Cerita Lawak


Seorang gadis menjadi pelacur tetapi tidak mahu neneknya tahu.

Satu hari satu gerombolan pelacur ditangkap termasuklah gadis itu.
Polis meminta pelacur-pelacur itu membuat satu garisan lurus. Semua beratur.

Tiba-tiba muncul nenek tua kepada gadis itu jalan bongkok-bongkok dan setelah
melihat cucunya berbaris dia bertanya: "Kenapa kamu berbaris di sini?"

Cucu pula untuk menghalang neneknya tahu cerita sebenar telah berbohong dengan
mengatakan ada dermawan akan menderma buah orange dan sebab itulah beliau berbaris.
Nenek beredar pergi. Di pertengahan jalan dia teringatkan cucu-cucunya yang lain yang
mungkin mengharapkan beliau membawa pulang buah-buahan.
Lalu dia pun turut berbaris tanpa diketahui oleh cucunya.Dia berbaris di belakang.

Seorang anggota polis mengambil kenyataan-kenyataan dari gadis yang sedang berbaris itu.
Apabila dia sampai untuk giliran mendapatkan kenyataan orang terakhir, dia terkejut kerana
tercegat seorang nenek yang jalan pun bongkok-bongkok macam tiada kudrat.
Dia tercengang lalu tertanya: "Kamu tua, bagaimana kamu lakukannya?"

Si nenek (menyangka soalan itu ditanya tentang bagaimana dia boleh makan orange itu) menjawab:
"Oh senang je. Aku hanya cabut gigi palsu dan mula sedut sampai airnya kering."