Thursday, April 3, 2014

Brado Kapak 02042014 Tahukah Anda? #3 : Koleksi

Tahukah Anda? #3

TAHUKAH anda? Tragedi peristiwa MH370 membuatkan kerajaan terpaksa merangka dan merancang strategi baru untuk memperkasakan sektor defence dan juga military negara.. Ini memerlukan belanjawan yang besar.

Belanjawan negara tahun berikutnya bakal ditumpukan kepada peng-upgrade-an sistem tersebut.. Ini kerana sistem negara telah berjaya dilobos, digeledah serta ditelanjangkan oleh "orang luar" secara berlesen besar dan halal. Ini lah antara sebab mereka sanggup meletakkan komitmen yang tinggi demi mendapat maklumat apa yang menjadi "pakaian" negara.

Dan kita perlukan strategi/teknologi yang baru dan lebih tersusun dalam hal ini.. Mengambil kepakaran anak tempatan dalam menyusun hal begini adalah lebih manfaat dari ambil nasihat dari negara luar yang lambat laun akan tahu tahap keupayaan kita.

Persoalannya sanggupkah anda semua bersetuju untuk berjimat cermat/bersusah payah dan melupakan masa untuk bersosial(konsert dsb) seperti penarikan subsidi dan pemotongan duit poket(BRIM) untuk memperkasakan tanah air anda sendiri?

What say u....

Brado Kapak 01042014 Tahukah Anda? #2 : Koleksi

Tahukah Anda? #2

Ada beberapa pengesahan sedang dibuat. Mengumpul kembali data-data lama yang tersimpan. Semalam, KDYMM Sultan Abd Halim telah berkenan melantik Dato Awang Adek sebagai ketua duta baru negara kita ke Amerika Syarikat dan telahpun bertolak ke sana.

Dato Awang Adek adalah orang lama dalam perbankan dan kewangan negara. Beliau memegang mandat besar dalam negara sebelum ini. Agak lama juga namanya menyepi dan sekarang dia muncul kembali menggalas tugas baru ke Amerika Syarikat.

1. Tahukah anda? Rizab Emas Bank Negara Malaysia sudahpun mengecil jumlahnya sehingga sekitar 2 atau 3 persen sahaja (jika saya tidak salah)?

2. Tahukah anda? Sudah tiba masa di mana ada banyak peperangan akan berlaku setelah keringnya air Sungai Furat.

3. Tahukah anda? Sudah hampir satu masa dimana akan jatuhnya kerajaan Bashar Al-Assad dan tertegaknya As-Sufyani.

4. Tahukah anda? Perang Dunia ketiga telahpun berlaku seawal tahun 70-an dahulu sehingga sekarang.

5. Tahukah anda? Perang Dunia keempat akan terjadi dimana kekuasaan negara bernuklear akan memainkan peranan utama.

6. Tahukah anda? Amerika Syarikat sedang buntu untuk memancing perang terhadap negara-negara blok komunis-syiah.

7. Tahukah anda? Perang di Syria sengaja dilengahkan dan senjata superpower yang sepatutnya digunakan disana masih belum dikeluarkan.

8. Tahukah anda? Amerika sengaja melengahkan perang di Syria dan menghentikan seketika bantuan senjata api kepada FSA, ISIS & The Geng bagi memancing keterlibatan blok komunis-syiah.

9. Tahukah anda? Sekarang ini sedang berlaku secara besar-besaran perang perisikan dan perang kepercayaan.

10. Tahukah anda? Tinggal sekitar 7 atau 8 hari sahaja lagi jangka hayat kotak hitam MH370 sebelum ia 'PADAM'.

11. Tahukah anda? Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Obomba datang ke Golden Chersonese ini membawa skrip baru.

12. Tahukah anda? Dato Seri Najib berkemungkinan adalah Perdana Menteri Malaysia yang terakhir selepas berakhirnya 'RAHMAN'.

13. Tahukah anda? Keterlibatan utama para Ulamak sebenarnya amatlah besar pengaruhnya dalam apa jua perkara namun kini ulamak ini semuanya mendiamkan diri disaat ummat 'blur' dengan apa yang terjadi.

Bersedialah dengan kemungkinan yang lebih memeningkan kepala anda semua... Saya tidak pernah memaksa anda semua untuk terus follow wall fb dan blog sy yg misteri ini. Namun, bersangka baiklah... saya bukanlah orang yang jahat dan saya sentiasa mengharapkan adanya perubahan dalam minda masyarakat kita agar lebih bijak membaca, menilai lantas berfikir serta mencari penyelesaian walaupun kecil. Saya mendoakan agar kita semua dijauhkan daripada fitnah akhir zaman yang akan tiba tidak lama lagi............

Sekian.

-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.

Brado Kapak 01042014 Now Showing: Episod Ke-2 : Koleksi

Now Showing: Episod Ke-2

Watak-watak utama.

1. Dato Seri Najib Tun Razak (DSN).

2. Dato Seri Anwar Ibraim (DSAI).

3. Obomba.

Tajuk: The Malay Conspiracy of Malaysian Springs.

Showtime: 1 April 2014 - May 2014 onwards.

Climax: When DSN step down.

Director: Hidden Hand.

Producer: Hidden Studio.

Kos: Billionaire....

Pentas tayangan: Panggung Media Dunia.

Penonton: Kita semua rakyat jelata....

Location: Golden Chersonese.

Tuan puan bolehlah masuk ke pawagam dengan kadar segera kerana tempat adalah terhad. Tayangan adalah PERCUMA. Tiada bayaran dikenakan. Disponsor sepenuhnya oleh BNM. Pop-corn dan air koka kola sila bawa sendiri bekal dari rumah anda. Pementasan akan dimulakan bila-bila masa sahaja....

Siapa nak ambil bahagian boleh ambil bahagian. Siapa tak mahu ambil bahagian, sila angkat kaki. Ini satu cerita yg bakal membosankan anda semua kerana tiada sensasi dan tiada perkara menghangatkan melainkan perkara yg membuatkan anda marah-marah dan tidak percaya.

Sekian.

Iklan ini ditaja khas oleh Media Bersekutu.

Brado Kapak 01042014 Tahukah Anda? #1 : Koleksi

Tahukah Anda? #1

Ada banyak benda saya nak kongsikan sebagai pemanas badan sebelum artikel Finale mengenai MH370 dipublishkan dalam blog dramaraja. Sebenarnya banyak fakta yang telah saya kongsikan mengenai MH370 dalam blog tersebut.

Di mana lokasi MH370 bersemadi, apa yang terjadi, siapa dalangnya, apakah puncanya, apa kaitannya dengan global dan glokal, apakah percaturan seterusnya, semua ini telahpun saya ceritakan secara halus dengan memberikan hint-hint serta klu untuk para pembaca hadamkan dengan berhati-hati. Banyak sebab mengapa saya langsung tidak memberikannya secara direct. Antara sebab utamanya adalah keselamatan dalam dan luar negara.

Selain itu, saya juga telahpun menyelerakkan jalan cerita MH370 bertujuan agar para pembaca lebih peka dan cekap berfikir disamping rajin mencari bahan sampingan. Jadi, sebelum saya menyajikan fakta yang lebih lurus tanpa berselerak dan tanpa hint-hint atau klu-klu dalam artikel Finale nanti, maka disini saya ingin berkongsikan beberapa fakta yang mungkin anda belum tahu.....

1. Tahukah anda? Malaysia sebenarnya adalah sebuah negara yang ramai pengganas.

2. Tahukah anda? Malaysia sebenarnya telah diakui oleh persada dunia sebagai sebuah negara yang amat handal dalam taktik berperang.

3. Tahukah anda? Malaysia sebenarnya adalah sebuah tempat habouring terrorist dan ia diakui oleh perisikan dunia.

4. Tahukah anda? Malaysia sebenarnya adalah sebuah negara yang amat mahir taktik gerila dan perisikan.

5. Tahukah anda? Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai taktikal unit paling hebat dalam dunia.

6. Tahukah anda? Pihak mata helang telah banyak belajar daripada kita mengenai taktik-taktik perang terutama melawan taktik perang gerila dan komunis.

7. Tahukah anda? Pihak mata helang sebenarnya masih belum khatam semua ilmu perang milik negara kita.

8. Tahukah anda? Revolusi perang dalam negara kita telah bermula seawal tahun 70-an.

9. Tahukah anda? Satu unit khas telahpun ditubuhkan oleh satu badan terancang bagi menjayakan banyak misi bantuan perang di serata dunia.

10. Tahukah anda? Senjata paling hebat di dunia juga berasal daripada negara kita.

11. Tahukah anda? Negara kita adalah satu-satunya yang telah menghantar pelbagai bantuan terhadap semua negara bergolak dalam dunia ini.

12. Tahukah anda? Angkatan tentera kita terutama Komando telahpun diminta bersiap sedia bermula daripada pertengahan Mac baru-baru ini.

13. Tahukah anda? Berakhirnya peperangan di Syria sebenarnya adalah trigger kepada datangnya Dajjal....

WAllahuA'lam Bissawab.

Bukan mudah untuk akal manusia biasa menerima fakta yang didatangkan tanpa bukti seperti ini. Saya dapat menyimpulkannya sebagai bahan bacaan tambahan buat anda semua. InsyaALLAH, saya akan postkan lebih banyak fakta buat pengetahuan am anda semua dari masa ke semasa sementara menanti greenlight utk publish artikel Finale MH370 yang tak kunjung tiba...

Sekian.

-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.

Brado Kapak 01042014 Mesej Ringkas : Koleksi

Mesej Ringkas.

Saya tengah kerja di opis. Kejap lagi nak pergi keluar rehat. Baru nak siap2kan kerja, tiba-tiba dapat satu mesej. Mesejnya ringkas dan padat berbunyi seperti berikut.....

"Kapak, Cuba Kau kaji superstring technology, Particle Acceleration dan HAARP untuk perang besar yang akan datang nanti"

Begitu sahaja. Mesej dari seseorang..... okay, jangan panik. Tenang... ini adalah persediaan untuk masa akan datang. Anda semua pun boleh kaji sama. Lihat bagaimana permainan pihak mata helang nanti.....

Tak lama lagi boss besar mata helang nak datang Malaysia. Mereka akan bincangkan mengenai satu perjanjian yang gagal ditandatangani tahun lalu. Saya belum tahu apa muslihat baru yang mereka mahu buat. Yang pasti, hari ini satu dunia sudah tahu Hishamuddin sudahpun meminta bantuan daripada pihak mata helang dalam misi mencari MH370. Bagaikan lembu menyerahkan leher kepada harimau yg lapar....

Jom buat homework sementara menanti artikel di beri greenlight....



-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.

Brado Kapak 31032014 Menjawab Mesej : Koleksi

Menjawab Mesej.

Hari ini saya sibuk menjawab kesemua emel dan msj yang masuk ke inbox sy, baik di fb dan di email peribadi. Mohon maaf lah kalau ada emel/msj yg sy tak reply sbb terlalu banyak yg masuk. Ada yg terlepas pandang.

Kepada yg order kitab, insyaALLAH esok semua selesai. Yg baru order, tnggu 3 hari dari hari ini. InsyaALLAH settle.... kitab dah nak habis... tak banyak stok. Selepas inisy akan move on to the next step. Bila khazanah yg sy simpan pun dah habis tersebar..... itu tandanya dah tak lama.

Oh ya, antara banyak2 emel dan msj yg sy terima, ada antaranya yg menarik perhatian sy. Jom baca....

-------------------
Salam Brado Kapak,
Saya peminat bersiri Brado.. Peminat bersiri tuh.. untuk makluman saya keje kerajaan dan sekarang saya bekerja di Kedutaan Malaysia di Beijing... sedih kan... apa yg brado katakan dalam blog terbaru tu memang betul.. saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya bekerja di sini semanjak kes MH ituari.. memang kami semua tak selamat.... lepas pengumuman DSN tu, keadaan bagi kami rakyat malaysia memang agak huru hara.. kalau lelaki ok lagi, kami yang perempuan bertudung ni lagi haru... orang asik cakap f**k you malaysia.. sejak pengumuman kami memang tak keluar ke mana pun.... nak gi pasar pun susah... saya yang bekerja kena pergi kerja pakai mask n baju ada hood tutup tudung.. mmg dah tak mengaku warganegara malaysia sbb kes tu buatkan cina benci sangat malaysia.. even kes terbaru, student kita terpaksa keluar dari teksi di tengah jalan sbb tercakap dia org malaysia..
saya tertarik sangat penulisan brado bukan sbb teori yg brado kemukakan, tapi saya rasa tertarik sbb brado bukak mata saya akan fitnah dajjal n akhir zaman... saya pun masih dalam proses nak mengamalkan surah kahfi, maklumlah saya ni buta jawi...
Maaflah saya katakan sbb saya tak mengundi sebab saya tak percaya kerajaan kita pada hari ini.. kalo negara kita jadi cam brunei baru saya daftar untuk mengundi...
cuma saya minta brado teruskan menulis sebab kadang2 kita terlalu disogokkan berita kerajaan hingga mata hati jadi buta...
Terima kasih brado

dihantar oleh seseorang drpd Beijing.

------------------------------

Terima kasih kepada semua yg telah membaca artikel sy tak kira anda terbuka mata, hati, fikiran atau tidak. Yang pasti ia telah berjaya menjentik hati kecil anda utk berfikir. Apapun sy amat bersyukur kerana dalam jutaan org yg membacanya, saya berhasil membuat ramai org kembali kepada Kitabullah dan saya juga berjaya membuka mata beberapa org yang mana mereka ini telahpun berjaya memecahkan kesemua klu2 yg pernah sy berikan.

InsyaALLAH, bila blog punya masalah settle 100% dan dah dapat green light, saya akan deploy artikel penutup MH370.

Sekian.
-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.

Brado Kapak 31032014 Sinar Harian : Koleksi

Sinar Harian.

Tadi saya baca paper sinar harian. Saya tersenyum panjang bila membaca muka surat ketiga paper tersebut bertarikh 31 Mac 2014.

Anda akan lihat terpampang satu tajuk mengenai spekulasi MH370. Dengan yakin dan berani Sinar Harian membidas kesemua spekulasi dan teori yang tak masuk akal yang telah tersebar. Saya bersetuju dgn wartawan Sinar Harian tersebut. Dah lama saya nyatakan, kesemua yg tersebar itu hanyalah diversion sahaja untuk mengalih pandangan anda semua daripada perkara sebenar dan fokus utama. Tapi tak ada yang ambil kisah. Mereka masih sibuk dengan cerita Diego Garcia lah, cerita Drone Controller System lah, cerita mimpi ustaz lah dll lagi.

Akhirnya saya kembali tersenyum setelah saya yakin dan pasti, kesemua point-point penting yg sy pernah tulis langsung tidak disebutkan oleh Sinar Harian kecuali point mengenai Nanning dibawah tajuk kecil "8 Mac 2014". Baca point 8 Mac tersebut dan kaitkan dgn artikel di dramaraja.blogspot.com bertajuk "MH370: Inilah Spekulasi Awal" dan anda akan mendapati, bahawa Sinar Harian hanya menolak spekulasi pendaratan di Nanning tetapi tidak mengulas keseluruhan artikel. Di dalam artikel tersebut telah dinyatakan ada 3 pihak dan beberapa ejen perisikan tetapi ia tidak disentuh. Saya sendiri menolak teori mendarat di Nanning kerana MH370 memang tak mendarat di Nanning akan tetapi kisah sebelum dan selepas Nanning itu memang terjadi.

Saya berterima kasih kepada Sinar Harian kerana telah menjadi lidah suara yang telus menyampaikan berita. Mereka berani menyatakan teori2 yang ada tersebar hanyalah diversion. Dan saya yakin, bukan mudah bagi mereka untuk menulis artikel seringkas dan sepadat itu....

Saya masih belum mendapat green light untuk deploy artikel penutup walaupun episod kepada insiden MH370 ini sebenarnya sudahpun berakhir. Menanti masa yang sesuai... di saat sudah ramai org malas ambil tahu, ketika itulah ia sesuai di publishkan.

Sekian.

-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.